KEDAH

Kedah mempunyai mempunyai 11 daerah iaitu Baling, Bandar Bahru, Kota Setar, Kuala muda, Kubang Pasu, Kulim, Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik dan juga Yan. Kedah mempunyai keluasan kira-kira 9,426 km² dan ibu negeri Kedah ialah Alor Setar.
Pusat Perkelahan Tupah


Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Terletak 14 km dari Pekan Bedong, 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.Berbagai aktivit yang boleh dijalankan seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, jogging, bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.Bagi mereka yang gemar dalam aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan
Pantai Merdeka



Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda 60 km ke selatan Alor Setar.
Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.
Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah, dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.
Hutan Lipur Tasik Dayang Bunting



Hutan Lipur Tasik Dayang Bunting ini terletak Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Langkawi yang mempunyai jenis Hutan Bukit Bukit Pantai. Keunikan kawasan hutan lipur ini terdapat sebuah tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar. Kawasan tasik ini adalah bersebelahan dengan laut yang dipisahkan oleh batu berdinding selebar 10 meter. Kawasan hutan lipur ini mendapat nama dari Tasik Dayang Bunting yang terdapat di pulau ini. Tasik lagenda ini mempunyai mitos yang tersendiri.
Hutan lipur ini mendapat nama dari air sungai yang berwarna kekuningan seperti kunyit. Ia merupakan salah satu dari air terjun yang tercantik di Negeri Kedah di mana boleh kelihatan dari Lebuhraya Utara Selatan. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking serta bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini..
Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara pandang serta kemudahan kedai cenderahati terdapat di kawasan hutan lipur ini. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkayak dan perahu kayuh serta mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Disamping itu pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan “arboretum” yang terdapat di sini
Hutan Lipur Titi Hayun

Hutan Lipur Titi Hayun terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai. Hutan lipur ini mendapat nama sempena keujudan titi gantung berdekatan kawasan tersebut. Ianya sangat strategik dan terletak dipermulaan anak Tangga Kenari Seribu Tahun. Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan jenis ini boleh ditemui dan tumbuhan utama yang terdapat adalah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga.ia juga terletak 3 km dari Pekan Yan, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan trekking, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Terdapat denai hutan melalui hutan asli menuju ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1km. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, perkampungan tradisional Melayu dan ladang getah. Pengunjung boleh menaiki kemudahan sendiri atau teksi dari Pekan Yan.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Ia terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masihi hingga 12 Masihi.
Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan di dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan eksotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke-5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu dan Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang.
Pulau Langkawi
Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.
Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.
Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Pantai Pasir Hitam ialah satu tempat di Langkawi, Kedah, Malaysia.Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.
Pelancong sering terpesona dengan pemandangan Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang tetapi penerangan geologinya amat mudah. Pantai itu terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkannya berwarna hitam.

Gunung Mat Chinchang mendapat nama perbalahan dua gergasi.Suatu ketika dahulu dipercayai alam ini dikuasai oleh roh dan gergasi yang bernama Mat Chinchang dan Mat Raya yang juga merupakan pengawal pulau itu. Perselisihan bermula apabila mereka tidak bersependapat tentang pertunangan anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya.Apabila tiba hari perkahwinan, perselisihan pendapat itu masih belum dapat diselesaikan. Angkara ini mengundang pergaduhan sengit antara kedua-dua bapa pasangan pengantin.Hari-hari yang berlalu menyaksikan perbalahan, pergaduhan, dan pertarungan. Dikatakan ketika bertarung, segala pinggan mangkuk, piring cawan, dan periuk belanga berterbangan di udara dan melanting ke merata tempat. Dalam keadaan yang serba gawat itu, sebuah belanga besar berisi kuah gulai tercampak ke suatu kawasan yang kemudiannya dinamai Belanga Pecah.