Kedah mempunyai mempunyai 11 daerah iaitu Baling, Bandar Bahru, Kota Setar, Kuala muda, Kubang Pasu, Kulim, Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik dan juga Yan. Kedah mempunyai keluasan kira-kira 9,426 km² dan ibu negeri Kedah ialah Alor Setar.
Pusat Perkelahan Tupah
Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Terletak 14 km dari Pekan Bedong, 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan.
Pantai Merdeka



Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau
Hutan Lipur Tasik Dayang Bunting



Hutan lipur ini mendapat nama dari air sungai yang berwarna kekuningan seperti kunyit. Ia merupakan salah satu dari air terjun yang tercantik di Negeri Kedah di mana boleh kelihatan dari Lebuhraya Utara Selatan. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking serta bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini..
Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara pandang serta kemudahan kedai cenderahati terdapat di kawasan hutan lipur ini. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkayak dan perahu kayuh serta mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Disamping itu pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan “arboretum” yang terdapat di sini
Hutan Lipur Titi Hayun
Hutan Lipur Titi Hayun terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai. Hutan lipur ini mendapat nama sempena keujudan titi gantung berdekatan kawasan tersebut. Ianya sangat strategik dan terletak dipermulaan anak Tangga Kenari Seribu Tahun. Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan jenis ini boleh ditemui dan tumbuhan utama yang terdapat adalah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Ia terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masihi hingga 12 Masihi.
Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan di dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan eksotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke-5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu dan Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang.
Pulau Langkawi
Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Pantai Pasir Hitam ialah satu tempat di Langkawi, Kedah, Malaysia.Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.
Gunung Mat Chinchang mendapat nama perbalahan dua gergasi.Suatu ketika dahulu dipercayai alam ini dikuasai oleh roh dan gergasi yang bernama Mat Chinchang dan Mat Raya yang juga merupakan pengawal pulau itu. Perselisihan bermula apabila mereka tidak bersependapat tentang pertunangan anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya.Apabila tiba hari perkahwinan, perselisihan pendapat itu masih belum dapat diselesaikan. Angkara ini mengundang pergaduhan sengit antara kedua-dua bapa pasangan pengantin.Hari-hari yang berlalu menyaksikan perbalahan, pergaduhan, dan pertarungan. Dikatakan ketika bertarung, segala pinggan mangkuk, piring cawan, dan periuk belanga berterbangan di udara dan melanting ke merata tempat. Dalam keadaan yang serba gawat itu, sebuah belanga besar berisi kuah gulai tercampak ke suatu kawasan yang kemudiannya dinamai Belanga Pecah.






0 comments:
Post a Comment